UiTM kena pantau pengambilan pelajar yang terlalu ramai. Aku terkejut PM nk tambah hingga mencecah 200,000 pelajar dengan peruntukan 3billion.
Aku tak kata penambahan pelajar ni salah tapi cuba lihat dari segi output pelajar UiTM sendiri. Seluruh negeri ada cawangan-cawangan UiTM. Setiap negeri ada 2-3 cawangan, berapa puluh ribu pulak students kat situ. Cube kumpulkan semua boleh sampai 100,000 orang. Ini bermaksud, 100% penambahan dibuat untuk capai 200,000 lagi pelajar. Vision nak jadi Universiti terkenal dunia dengan bilangan pelajar terbanyak tapi gred akademik macam mana? tak ambil penekanan kah? Aku risau ramai menganggur bila da grad nanti.
For information, UiTM tak tersenarai dalam top 500 Universiti dalam dunia. Yang ada hanya UM, USM, UPM, UTM dan UKM.
UM pada 2009 ranking 180 dunia. Sekarang 2010 ranking 207 dunia
UKM pada 2009 ranking 291 dunia. Sekarang 2010 ranking 263 dunia
USM pada 2009 ranking 314 dunia. Sekarang 2010 ranking 309 dunia
UPM pada 2009 ranking 345 dunia. Sekarang 2010 ranking 319 dunia
UTM pada 2009 ranking 320 dunia. Sekarang 2010 ranking 365 dunia
*sumber dari QS university ranking
Tapi mana UiTM? Tercicir kat mana? Aku pun tak jumpa. Kalau nak tahu top5 University ni jelah yang selalu turun naik ranking.
Students bukan main ramai, tapi quality tak ada macam mana? Mana silapnya? Ketuanan Melayu lah puncanya. Aku pelik dan kagum kat orang Jepun yang tak fasih English tapi maju dalam bidang sendiri. Mereka bergaul guna bahasa ibunda. Bergaul sesama sendiri juga macam kita. Tapi kenapa kita tak boleh jadi semaju negara Jepun? Kenapa kita tak boleh nak cipta barang sendiri dan export pada negara luar? Kenapa mesti kita import barang yang kita sendiri boleh cipta? Sampai bila? LOL
Aku pelik juga bila students bijaksana kita yang scored 20A's, 30A's dan 40A's semua ditaja untuk belajar luar negara. Untuk apa pergi luar negara? Untuk belajar ditempat yang lebih bagus ke? Apa Universiti kat Malaysia ni tak bagus ke apa? Jadi students apa je yang tinggal kat Negeri Tanah Melayu ni? Students bodoh yang tak pandai? LOL.
Sampai bila kita nak mengharapkan Universiti luar untuk maju? Siapa yang belajar di Universiti tempatan semua tak pandai lah ya?. Tak pernah pulak dengar atau lihat di TV/surat khabar title "PELAJAR 20A's DITAJA MELANJUTKAN PELAJARAN DI UiTM SHAH ALAM!!" LOL. Sebab apa? Sebab Universiti di Malaysia ni tak bagus! Siapa yang cakap? Siapa yang assumed? Bukan aku tapi penaja-penaja dan kementerian sendiri yang assumed!
Mentaliti kita semua dah set yang siapa belajar luar negara mesti pandai, mesti mantap, mesti "WOW". Kenapa kita tak menganggap pelajar yang belajar kat Malaysia ni "WOW" dan pandai? Mungkin ada, tapi sangat berbeza "WOWnya" okay.
Aku pun belajar kat UiTM Shah Alam gak. Walaupun aku dapat tawaran daripada private xpi aku tetap memilih UiTM kerana aku berbangga dengan universiti tempatan.
No comments:
Post a Comment